BR1M 3.0 (2014)

 On Saturday 23 November 2013  

BR1M 3.0 Dan BR1M 4.0Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia Akan Diteruskan | Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemberian bantuan RM500 iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan penerimanya. Oleh itu, adakah pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan diteruskan lagi?


Semalam (12/02/2013), YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia – BR1M3.0 dan BR1M4.0 kepada kumpulan sasar terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Pemberian BR1M 3.0 ada kelainan sedikit berbanding tahun lepas iaitu pembayaran dibuat 2 kali setahun dan wang bantuan akan terus dimasukkan ke akaun bank penerima. Tujuannya adalah untuk menggalakkan penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah dan berbelanja mengikut keperluan sahaja. Pemberian BR1M 3.0 dijangka akan dinaikkan kepada RM600 & RM300.  Pengumuman BR1M 3.0 akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak, pada 25 oktober 2013 ini.



Kini ianya telah dipermudahkan, penerima BR1M 3.0 tidak perlu lagi bersusah payah datang untuk mendengar ceramah daripada pemimpin politik kerana pilihanraya telah pun berlalu dan beratur panjang untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Bagaimanapun, pelaksanaan  Bantuan Rakyat 1Malaysia 3.0 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 hanya akan dapat diteruskan sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

BR1M 3.0 (2014) 4.5 5 advertising Saturday 23 November 2013 BR1M 3.0 Dan BR1M 4.0 – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia Akan Diteruskan | Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemberian bantuan RM500 ...


No comments:

Post a Comment

Followers

Powered by Blogger.