Amy Search Mengaku Muflis??

 On Friday 22 November 2013  

Amy Search Mengaku Muflis BETUL ke?


Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, akhirnya mengaku mengenai kontroversi itu dan mendedahkan perkara sebenar mengapa perkara tersebut terjadi.

                Amy Search Mengaku Muflis BETUL ke?

Menurut Amy, ianya terjadi kerana dia telah dianiaya oleh sahabat sendiri yang dikenali dengan nama Radin. Bagaimanapun Amy masih enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut dan hanya akan berbuat demikian apabila kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

“Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan. Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,”

Amy sebelum ini dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009. Perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy diisytihar muflis.

Dalam pada itu, mengulas mengenai luahannya mengenai perkara itu di Facebook miliknya pada Rabu, Amy berkata tindakannya itu berlaku secara tiba-tiba dan menyatakan ianya adalah luahan rasa hati yang dipendamkan’nya selama beberapa tahun ini.

“Apa yang saya kongsi di laman Facebook adalah luahan rasa hati yang saya pendamkan selama beberapa tahun ini. Luahan saya itu hanya sedikit dan masih banyak perkara lain belum saya luahkan,”

Sementara itu, Amy berkata, walaupun pada mulanya dia sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia telah muflis dan dikhianati oleh sahabatnya sendiri namun dia menyedari ia adalah satu dugaan. Tambah Amy, dia tetap menjalani kehidupannya seperti biasa dan yakin ada hikmah di sebalik kejadian itu.

“Apa lagi yang boleh saya buat selain bersabar dengan dugaan yang menimpa kerana mungkin ada hikmah di sebaliknya. Saya masih bersyukur kerana mempunyai kudrat untuk terus bekerja dan menampung keluarga,”

Bagaimanapun, Amy dalam kenyataannya memberitahu yang dia sudah memaafkan orang yang mengkhianatinya dan berharap individu tersebut akan memperbetulkan kembali keadaan. Di bawah ini antara luahan hati Amy yang ditulisnya di Facebook. 

              Amy Search Mengaku Muflis BETUL ke?



Amy Search Mengaku Muflis?? 4.5 5 advertising Friday 22 November 2013 Amy Search Mengaku Muflis BETUL ke? Sekian lama berdiam diri selepas dikatakan muflis, vokalis kumpulan Search iaitu Amy atau na...


No comments:

Post a Comment

Followers

Powered by Blogger.